Selasa, 17 Mei 2016

ARTI MAKNA SEMBAYANG DAN SOLAT

PERBEZAAN ANTARA SEMBAHYANG DAN SOLAT

oleh ANITA MORAH ABAS


Topik ini pernah dibincangkan & dibahaskan di peringkat universiti, malah terdapat beberapa blog yg hanya potong & tampal isu sembahyang & solat tanpa membuat penerangan yg lebih jelas. Ia juga telah dibangkitkan dlm beberapa ceramah agama utk memperbetulkan tanggapan umum.  

Memang benar, topik yg dibawa berkisar dari segi permasalahan bahasa yg lebih menjurus kepada pengisian makna antara kedua2 perkataan tersebut.

Kita menyatakan perbezaan pendapat yg sewajarnya dikupas dgn cara berhemah & positif bukan meletakkan posisi kita dalam menghukum.

Jangan kita menganggap dgn membuat penilaian tersendiri maka kita telah menjatuh hukum bahawa perkataan “sembahyang” itu telah menyalahi akidah, tetapi dari segi perbuatan, ia sebenarnya tidak. Lalu, kita mengatakan penggunaan “solat” itu yg sebenar2nya mencerminkan penyerahan diri kita sebagai orang Islam terhadap Allah swt, sedangkan “sembahyang” itu membawa maksud lain, bertentangan dgn maksud “solat”.

Lantaran itu, ada yg menolak bulat2 penggunaan perkataan sembahyang dikatakan tidak tepat utk menggambarkan pengertian ibadah. Jadi di sini terdapat tiga pandangan yg berbeza – sembahyang adalah juga solat; sembahyang sewajarnya digunakan utk yg bukan Islam; solat sewajarnya digunakan utk orang Islam.

Kita jangan cepat menjatuh hukum, tanpa mengkaji sejarah yg mendasari maksud sembahyang & solat. Izinkan saya mengutip kembali penjelasan yg telah saya berikan di dalam posting Ustaz Yaacob Hamad.

Solat adalah kata serapan atau kata pinjaman drp bahasa Arab. Kalau kita terjemahkan ke dalam bahasa Melayu, solat membawa maksud sembahyang. Ringkasnya, solat adalah perkataan yg sama ertinya dgn sembahyang. Makna solat diterangkan dgn jelas dalam Kamus Dewan Edisi Empat/Kamus Pelajar, yg membawa pengertian istilah solat adalah sembahyang bagi umat Islam, manakala istilah sembahyang adalah solat bagi umat Islam dan memohon kepada Tuhan bagi bukan Islam (Kamus Pelajar/kamus Dewan Edisi Empat).

Ini bermakna anak2 kita telah didedahkan dgn maksud solat & sembahyang adalah perkataan yg boleh digunakan utk menggambarkan ibadah kita terhadap Allah swt.

Perkataan sembahyang ini juga boleh kita dapati di dalam terjemahan2 ayat2 Al Quran seperti berikut:

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya" (Surah an-Nisa': 103).

Begitu juga kita hedaklah menyuruh kaum keluarga kita mengerjakan solat seperti Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang bermaksud:

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Terjemahan dua ayat alQuran di atas dipetik dari laman web Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal. Saya hanya memetik satu sahaja contoh utk dibuat perbandingan. Ringkasnya, perkataan “sembahyang” & “solat” digunakan secara bergandingan di dalam artikel agamanya berjudul Jom Solat (sila layari http://www.ustaznoramin.com/2010/03/jom-kongsi-hikmah-solat-untuk-kebaikan.html).

Perkataan atau istilah “solat” telah menarik perhatian dua tokoh Indonesia iaitu Profesor Hasbi As Siddiqi & Dr Daniel (tokoh bahasa) yg membahaskan dari segi hukum & kepenggunaannya. Kedua2 tokoh ini sependapat bahawa solat adalah lebih sesuai digunakan utk menggambarkan ibadah kita sebagai orang Islam ke hadrat Allah swt.

Bahasan mereka mempunyai asas yg kukuh dgn mengkaji asal usul makna perkataan “sembahyang” yg tidak sesuai digunakan oleh orang Islam bagaimanapun diterima pakai di dalam kamus DBP & perkataan yg membawa maksud sama erti bagi kedua2 makna tersebut terpakai dalam Kamus Pelajar iaitu yg dipakai & dipelajari oleh anak2 kita.

Maksud “sembahyang” menurut Profesor Hasbi As Siddiqi membawa pengertian yg terdapat unsur “syirik”. Ia adalah dua taupan dpd dua kata dasar yg berbeza iaitu “sembah” dan “Hyang”. “Hyang” atau lebih tepat lagi Sang Hyang Widhi adalah nama dewa Hindu agung, Tuhan Yang Maha Esa yg dikaitkan dgn konsep Brahman bagi penganut agama Hindu Bali yg telah wujud & disembah berabad2 lamanya (utk pengetahuan lebih lanjut tentang tuhan Hindu Bali ini sila layari http://id.wikipedia.org/wiki/Sang_Hyang_Widhi).

Yg dimaksudkan “syirik”, ditujukan kpd orang bukan Islam yg menggunakan perkataan sembahyang utk menggambarkan penyembahan mereka kpd tuhan mereka yg amat bertentangan dgn sembahyang & agama kita.

Ringkasnya, tafsiran kedua2 tokoh ini merumuskan bahawa perkataan sembahyang adalah lebih sesuai digunakan utk yg bukan Islam.

Mana datangnya perkataan “sembahyang” yg terpakai di dlm urusan kita sebagai orang Melayu Islam sehari2? Kita harus kembali kpd sejarah asal usul keturunan kita. Perkataan sembahyang muncul lama dahulu di dalam kamus hidup kita yg menjadi pegangan nenek moyang kita sebagai penganut agama Hindu sebelum kedatangan Islam.

Kalau kita buat sedikit penyelidikan, perkataan2 yg kita guna pakai sehari2 adalah campuran daripada beberapa bahasa & dialek seperti bahasa Sanskrit, Inggeris, Jawa, Arab, Belanda, dan beberapa bahasa lain. Perkataan yang diserap itu pula tidak semestinya terikat dengan maksud asal bahasa itu seperti perkataan “sembahyang”. Mungkin pada masa itu, tidak ada perkataan yg lebih sesuai utk menukar perkataan “sembahyang”. Jadi, perkataan “sembahyang” dikekalkan untuk menggambarkan kpd kita sebagai orang Islam, mengikut acuan kefahaman kita, ia adalah perbuatan ibadah kita menghadap Allah swt.

Kalau orang2 bukan Islam melakukan “syirik” dlm sembahyang mereka, janganlah pula menyamakan pengertian “sembahyang” dalam kamus hidup kita yg telah terpakai sekian lama. Dari segi istilah sahaja yg menimbulkan perbezaan pendapat.

Perkataan2 serapan atau dipinjam drp bahasa asing & diterima pakai penggunaannya dlm sesebuah masyarakat berlaku di mana2, termasuklah bahasa Inggeris.

Ada banyak kata serapan dari bahasa Sanskrit yang diterima ke dalam bahasa Melayu dan digunakan secara umum tanpa mengaitkan maksud asal bahasa tersebut. Antaranya perkataan “samudera” (Dewa Laut), “bayu” (Dewa Angin) & “suria” (Dewa Matahari). Kalau tidak silap saya termasuklah perkataan2 neraka, duka nestapa, dosa, pahala dan byk lagi. Serapan perkataan2 ini termasuk perkataan2 lain kenalah merujuk kpd pakar bahasa & DBP.

Berbalik kpd perkataan sembahyang, kalau kita merujuk kepada kamus DBP online perkataan sembayang dan solat adalah perkataan seerti. Kedua2nya adalah terpakai utk merujuk ibadah kita kpd Allah swt.

Bagaimanapun, jika masih lagi sangsi, ajukan keraguan yg timbul ini ke pihak DBP agar DBP dapat memperbetulkan makna “sembahyang” dan “solat” utk mengelakkan kekeliruan di antara pengertian sembahyang & solat & utk membezakan “sembahyang” digunakan utk bukan Islam dan “solat” kpd yg beragama Islam.

Berhati2lah apabila kita mengerah anak utk mengerjakan solat/sembahyang. Dikhuatiri mereka terkeliru dgn penggunaan istilah atau perkataan antara sembahyang dan solat kerana apa yg mereka pelajari di sekolah kedua2 perkataan itu adalah merujuk kepada perkara yg sama, perbuatan ibadah kita ke hadrat Allah taala. Gunakanlah budi bicara sebaik mungkin sebagai penerangan yg boleh mereka terima.

Tetapi janganlah pula kita naik angin atau marah pd orang yg masih menggunakan perkataan “sembahyang” yg dimaksudkan & membawa pengertian yg sama iaitu “solat”. Jelaskan dgn penuh diplomasi, anggaplah penerangan kita kpd yg kurang arif sebagai satu bentuk dakwah…

Persoalan di atas bukan untuk mempertahankan pendapat secara peribadi tetapi hanyalah pernyataan yg zahir daripada perbezaan pandangan yg dibincangkan secara bersama yg lebih menampakkan dari segi pengunaan istilah bahasa Arab & bahasa Melayu.

Ingatlah kita akan pesan Rasulullah, “Sampaikanlah ilmu walapun sebaris ayat.”


Tidak ada komentar: